Saturday 1 December 2012

punca migrain ;)

Bismillah & Assalamualaikum ..
kite nk share pasal penyakit ni.. bg sesiape yg selalu migrain tp x tahu apa puncanya .
taraa ! this is it ! ^^


Migrain adalah penyakit biasa yang dihadapi oleh golongan remaja. Ia berlaku kerana darah tidak sampai ke otak akibat tersekat dan menyebabkan sakit kepala yang teramat sangat.
Selain pening akibat sakit kepala, migrain juga memberi rasa tidak selesa kepada perut dan loya sehingga menyebabkan pesakit muntah.
Perasaan yang sering digambarkan oleh pesakit ketika menghadapi migrain adalah seperti dihempap batu dan kepala berdenyut-denyut seperti dicucuk-cucuk.
Serangan migrain ini tidak mengira tempat dan waktu. Kebiasaannya pesakit akan mengalami sakit kepala di sebelah bahagian sahaja.

Punca / Penyebab Migrain
1) Kesan daripada alahan seseorang
2) Silau akibat daripada lampu yang terang
3) Bunyi yang terlalu kuat
4) Bau minyak wangi yang terlalu kuat
5) Tekanan fizikal atau emosi
6) Waktu tidur yang tidak teratur
7) Merokok atau terdedah kepada asap rokok
8) Stres
9) Menahan lapar
10) Makanan seperti coklat, keju, kopi, limau, tomato atau makanan yang diperap

* so, kite dh tau nape kite selalu sangat migrain sampaikan ada masa tu kite x boleh buat keje langsung.^^
*spread love <3


0 comments: