Sunday 30 December 2012

Akak yang comel ^^

Bismillah & Assalamualaikum =)
huwa, dah lame jira x tulis kat belog yg dah berhabuk bersawang bagai nih..haha
ehem, act, jira agak sibuk kebelakangan nih. maklum, kata faraa montel tuh, jira kan wanita bekerjaya..haha. wekk =P.
memacam yg berlaku lahh mase keja. kena ngurat lahh , salah buat lahh, ternampak 'dia' lahh.haha =P
okay, stop !
td ade sorg akak comel dtg kedai. kecik molek je orangnye.. n die berniqab.. lg lahh menambahkan kecomelannye tuh. right ? ^^ . tetibe, Allah datangkan hidayah kat jira untuk tanya akak tu a few.
maaf, conversation hanya kami berdua sahaja yg tahu..haha ^^v

tetiba diri yg kerdil ini dapat hidayah. ehem, rase mcm nak berpurdah pulak . tp jira x boleh lg sbb a few things. jira perlukan dorongan & bimbingan daripada 'someone'. hope dia boleh bimbing & sentiasa bersama dengan jira. moga Allah panjangkan JODOH kami hingga ke SYURGA. aminnn. May Allah bless !



*untuk mereka yang akan menghadapi imtihan, bittaufiq wannajah ! ^^
Innallaha ma'akum ! =)

*spread love <3

Monday 10 December 2012

Salahudin-Al-Ayubi


Biodata dan Sejarah Ringkas Salahuddin Al-Ayyubi


Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurd biasa. Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada siapapun yang menjangka sebelum ia menguasai Mesir dan menentang tentera Salib bahawa anak Kurd ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiah yang hebat. Dan tiada siapa yang menyangka pencapaiannya demikian hebat sehingga menjadi contoh dan perangsang memerangi kekufuran sehingga ke hari ini. 



Stanley Lane Poole seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai anak seorang governor yang memilliki kelebihan daripada orang lain tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ia akan menjadi orang hebat pada masa depan. Akan tetapi ia menunjukkan akhlak yang mulia. 


Walau bagaimana pun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya untuk bakal pemimpin agung itu. Ketika ia menjadi tentera Al-Malik Nuruddin, sultan Aleppo, ia diperintahkan untuk mara ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh sebuah kerajaan Syi'ah yang tidak bernaung di bawah khalifah. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis bahawa Salahuddin sangat berat dan memaksa diri untuk pergi ke Mesir bagaikan orang yang hendak di bawa ke tempat pembunuhan (Bahauddin, 1234). Tetapi itulah sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan firman Allah, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu" (Al-Baqarah:216) 

*siapa agaknya pemimpin Islam yang berwibawa seperti beliau ? 
spread love =)


Saturday 8 December 2012

kenangan bersama mereka =)

Bismillah & Assalamualaikum ;)
alhamdulillah, intiha sudah perjuangan kami di SMKA MAAHAD MUAR .
selepas ni, masing masing akan bertebaran di muka bumi yg penuh barakah ini dengan tujuan & haluan hidup mereka.
& alhamdulillah jugak sebab smlm stat demam (smsa di sek lg).
mgkin sebab kurang rehat dsb.
okay, terimalah ~~

Saturday 1 December 2012

punca migrain ;)

Bismillah & Assalamualaikum ..
kite nk share pasal penyakit ni.. bg sesiape yg selalu migrain tp x tahu apa puncanya .
taraa ! this is it ! ^^


Migrain adalah penyakit biasa yang dihadapi oleh golongan remaja. Ia berlaku kerana darah tidak sampai ke otak akibat tersekat dan menyebabkan sakit kepala yang teramat sangat.
Selain pening akibat sakit kepala, migrain juga memberi rasa tidak selesa kepada perut dan loya sehingga menyebabkan pesakit muntah.
Perasaan yang sering digambarkan oleh pesakit ketika menghadapi migrain adalah seperti dihempap batu dan kepala berdenyut-denyut seperti dicucuk-cucuk.
Serangan migrain ini tidak mengira tempat dan waktu. Kebiasaannya pesakit akan mengalami sakit kepala di sebelah bahagian sahaja.

Punca / Penyebab Migrain
1) Kesan daripada alahan seseorang
2) Silau akibat daripada lampu yang terang
3) Bunyi yang terlalu kuat
4) Bau minyak wangi yang terlalu kuat
5) Tekanan fizikal atau emosi
6) Waktu tidur yang tidak teratur
7) Merokok atau terdedah kepada asap rokok
8) Stres
9) Menahan lapar
10) Makanan seperti coklat, keju, kopi, limau, tomato atau makanan yang diperap

* so, kite dh tau nape kite selalu sangat migrain sampaikan ada masa tu kite x boleh buat keje langsung.^^
*spread love <3


Thursday 29 November 2012

WARKAH CINTA BERBAU SYURGA ;)


dengarkan <3
sebuah novel daripada novelis yg berwibawa :
A. Ubaidilah Alias
jalan cerita yang agak menarik tentang Amir Mukhlis, Wardah & Balqis ^^
*spread love <3



Wednesday 28 November 2012

2 more !

Bismillah & Assalamualaikum..
alhamdulillah , dh lepas 9 paper . tgl lg 2 paper. 2 more bebs ! =)
tahniah & selamat menggemukkan badan bagi rakan-rakan 5sc1ku & others (esp budak tembam)^^
. untunglah abes pekse awal =='. apepun , hidup mesti diteruskan..hee
so, 5Arif ! bittaufiq wannajah . niat amek pekse hanya kerana Dia . insyaAllah , dipermudahkan .
buktikan kat Ustaz Mahyud yg kita boleh lakukan yg terbaik utk subjek beliau.. this is the last war ! Jihad fisabilillah ^^

*tinggal Arab & Quran Sunnah
pray for me ^^
one week to go
*spread love =)

Thursday 15 November 2012

corat-coret graduasi ^^

Bismillah & Assalamualaikum..
hai there .. huhu..
hmm, maaflah sbb x sempat nk update pasai kite punye grad haritu.. x sempat lahh.. ^^v
haritu mmg ohsem lah sbb everything was unexpected..hihi.. kat hall pun okay, kt konsert lg lah.. i really enjoy that.. alhamdulillah =).. this is part of it..

*munsyid baru _DAMAI

*first time wt performance_DEVOTEES ^^


*dah 3 kali dtg maahad_SAUJANA

*got their signature^^

*anok sapo la nieh..haha ^^v

*my graduation file ^^

*our graduation day this year was totally ohsem.. thanks to them <3
*spread love <3






Sunday 11 November 2012

Bismillah & Assalamualaikum ...
alu ~ alu ~
semalam happy sangat ! sbb kite jumpa kawan kite tau . wink wink ^^
niat nk study tp hahaha.. paham paham jela kalau dh jumpa bestie kesayangan kan (Faraa)  =)
btw, rindu masa dulu dulu lahh.. hihi.. gossip sesama dgn diorg ^^v.. bukan gosip ape punn.. ni gosip berilmu laa..hahaha

                                                     *ehem ehem ^^

*ni la padahnye kalau tension sangat..x study ape pun..haha

*bestie forever <3

*siapakah ^^v
10/11/2012
@ Firzana's house

credit to : faraa , cepatnye awak post..hahahaa..dulu , kini ,& selamanye cepat ^^
*spread love

Friday 9 November 2012

saya sayang awak kerana Allah ! :')

Bismillah & Assalamualaikum ,,
hai there ! ^^.. hee hok ! lama x post .. wee , kite busy la awak =D
btw, 4 paper dh past (spot mmg sume KUAR la kan = = ' ) ..haha.. tawakal je la..
skrg ni nk mgharungi utk Syariah, Physics & MT (MATI TERUS)..huhu..
& nk wish luck kt frenz ku di sek lama.. rindu kalian lah ! <3

Straight to the point je lahh.. Hmm, act bru je baca belog Faraa ..sebaknye rasa :'( .. rindu awak sngt2 ! Hanya Allah je yg tau perasaan ni.. Hanya Allah je yg faham hati ini. Ohh Faraa, rindu nk g toilet sesama , rindu nk maen peluk tiang sesama pas balek dari toilet, rindu nk study sesama, rindu nk kecek klate sesama, rindu nk gossiping sesama(#eh) , rindu nk cubit pipi awak, rindu nk lap airmata awak bila awak nangis, n rindu suma kenangan bersama awak ! ;'(

Jgn sedih ye syg. Walaupun sye jauh dari awak tp sye dekat di hati awak. Kalau awak sedih ke, marah kt some1 ke, gaduh dgn some1 ke, contact je sye, l'm always there for you dear =) .. Sye pindah pun utk kejar impian sye.. Berat hati sebenarnye nk tglkan awak, Ma & suma tu tp jauh perjalanan , luas pemandangan kan (muar jekot) ^^v . About a year jugak nk sesuaikan diri kt sane tanpa Faraa disisi tp Allah is always there for me. Dia bagi kekuatan kt sye melalui kawan yg sye dapat , Dia selalu dengar rintihan & luahan sye kalau sye x kuat . Dulu, awak yg selalu bg kata kata semangat kt sye , selalu dengar bebelan sye..Hahaa.. Sweet things remain forever ^^..  Sye yakin yg awak boleh lakukan yg terbaek utk SPM . Doa sye mengiringi awak. Sentiasa <3 ..



frens till jannah <3
*spread ukhuwah <3

Sunday 30 September 2012

kem & graduasi

Bismillah & Assalamualaikum =)

akan ku dtg bersama dgn ikhwan & akhawat yg lain ^^
5-7 1o 2012
@ Pusat Al-Khawarizmi

ohh ! graduation day is just around the corner =='
huii , nervous rase ..
2o oct 2012
@ Muar Traders Hotel

*spread love <3


Sunday 16 September 2012

bukan wanita yg baik apetah lg solehah ;)

Bismillah & Assalamualaikum ,,
lelaki yg baik hanya utk perempuan yg baik & perempuan yg baik hanya utk lelaki yg baik .. ;)
maaf, aq bukan perempuan yg baik, muslimah apetah lg solehah.. maaf andai aq x sempurna utkmu..
maaf andai aq x boleh jadi  yg terbaek utkmu..  Allah, beri aq kekuatan ;')
*stay in touch with du'a ;')

Sunday 9 September 2012

Assalamualaikum & Bismillah..
so far so good la paper yg aq sat for this week..
tp Syariah & Quran Sunnah mcm sedih sikit je.. soalan senang pun susa nk jawab ==' ..
ape nk jadi sama aq ni =( ..
haha.. so, for next week, kena perform better..  Salam Imtihan =)
*spread love <3

Sunday 2 September 2012

adam & hawa

Assalamualaikum..
hehee.. skrg, aq tgh gian tgk cite Adam & Hawa..
dlm kesempitan belaja ni pun aq sempat melapangkan mase tgk tu..kuikuikui..
well, dh nama pun perempuan kan..hehe.. 1st time aq layan cite cambest ni..cite yg sangat comell ^^
act, cite ni based pada novel.. cuma dialog je yg diubah sikit sikit..novel die dh lama aq khatam..hihi.
So, this is it !
<3

Thursday 30 August 2012

salam mujahadah =)

salam mujahadah buat para mujahid dan mujahidah Ting 5
esp 5 Arif..
Good luck utk imtihan.
Bittaufiq wannajah =)
*innallahha ma'ana

Saturday 11 August 2012

pecutan 10 malam terakhir ;)

Assalamualaikum & Bismillah,,
sedar x sedar dah semakin hampir kepada penghujung Ramadan...
mcm mane dgn persiapan terakhir kita utk meninggalkan bulan ni ? dh cukup amalan atau masih berlubang sana sini.. wallahualam.. tu rahsia antara seorang hamba dgn Tuannya ;)..

Aq rase sume org tau pasal lailatulQadr kan.. hmm, dikatakan malam ini lebih baik daripada seribu bulan.. mmg betul pun.. " Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan., 3:97 Al-Qadr". kita digalakkan utk beribadah dgn bersungguh sungguh pada malan kesepuluh yg terakhir kerana pada malam malam tersebut terdapat kebaikan yg terbuka luas utk para hambaNya.

Aq ade terdengar suatu kisah mengenai lailatulQadr. pada masa tersebut, Allah menurunkan tarikh sebenar malam mulia itu..tetapi pada masa itu Rasulullah sedang menenteramkan dua org sahabat yg sedang bertengkar.. dalam kelekaan Rasulullah, tarikh tersebut diangkat kembali oleh Allah..tetapi menurut pendapat, carilah malam tersebut pada 5, 7 n 9 iaitu malam 25, 27 & 29..

Hikmahnya disini, ia membuatkan kita utk beribadah bersungguh sungguh pada malam 10 terakhir.. cuba bayangkan kalau kita dh tahu tarikh sebenar malam Qadr, mesti kita beribadah pada malam itu je kan ? malam lain kita wat dek je.. jadi, ape tunggu lagi ? madrasah Ramadan semakin meninggalkan kita.. ayuh ! kita rebut peluang utk melakukan ketaatan kepada Dia..verily, he was our true Lover <3 .



*spread love <3


Sunday 22 July 2012

waktu semakin suntuk +,+

Assalamualaikum...
harini masuk hari kedua puase.. cabaran hari kedua lebih banyak mungkin.. sape tahu..
okay.. asal aq wt title tu ea ?? sebabnye.. huargh ! SPM ! (ha, amek kau ! sekali aq bold merah)haha..
ramai yg kate spm ni penentu di mana kita akan sambung belaja lepas ni.. (IPTA@IPTS).. mmg betul pun..
besa peranan spm ni.. tp disebalik keramaian yg menyumbang A , ade jugek yg menyumbang F .. sbb malas belaja n so on la alasan yg diorg kasi.. bak kate pepatah ' HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU DALIH'.. right ? same la mcm aq.. byk sngt alasan yg aq kasi utk x belaja. npe ntah aq mcm ni .. question mark there ! aduhai, berubahlah wahai hati.. sempena Ramadan yg mulia, tolong la berubah..aq nak diri aq yg dulu..yg rajin studi, yg rajin uraji'.. tp nk kate aq x rajin studi, aq selalu jugak stay up smpai 2-3 pg.. selalu jugak wt revision.. tp npe aq x boleh perform ye ? hmm, mungkin Allah nk uji aq dulu dgn keputusan yg kurang baek.. Wallahualam. Bersangka baek dgn Allah..


okay, stop !
aq suka denga ayat Ustaz Mahyud.. disebalik kata-kata dia, tersimpan seribu satu kata kata perangsang utk kami (5 Arif).. yg aq ingat, " ...waktu semakin suntuk, jiwa semakin terdesak, doa semakin kuat..."..
mmg betul pun.. waktu dh singkat, jiwa kitorg pun semakin sesak, terdesak, disesak n doa jelah penyambung antara kami dgn Allah..

semoga Allah memberkati aq n rakan-rakanku =)
*sempat lg menulis kt blog ni..hahaa
spread love <3

Saturday 21 July 2012

ahlan wasahlan ya ramadan kareem =D

Bismlillah n Assalamualaikum..
hye there ! bertemu lg tahun ni dlm bulan yg penuh barakah n maghfirah...
harini dh masuk 1 ramadan n menandakan bermulanya 'perang' dalam diri kita..
i wonder mesti ade yg tertanye tanye kan perang ape ?jeng jeng jeng ~ ~


kenapa pulak kena perang menentang nafsu ? kenapa x menentang syaitan ? ..
sebab kan syaitan dah dirantai..

" Pada malam pertama bulan Ramadan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu pintu neraka serta tidak dibuka satu pun pintu darinya. Dan dibukakanlah pintu pintu syurga serta tidak ditutuplah satu pun darinya. Maka berserulah penyeru : Wahai orang yang melakukan kebaikan, hampirlah kamu. Wahai orang yang melakukan kejahatan, undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian berlaku pada setiap malam Ramadan." ~hadia riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah.

ada banyak nafsu.. egs nafsu makan, nafsu malas, nafsu amarah, nafsu tidur et cetera.......
tp yg menjadi isu sekarang ni mestila nafsu makan.. mmg siang kita puasa tp kalau tiba je waktu berbuka mau x penuh meja makan kita dgn makanan.. dari hujung sana smpai hujung sini.. dgn air soya air tembikai air jagung air oren air katira...hmm, ape lg ? byk la.. tu belum masuk makanan la.. dgn ayam goreng apam balik mee goreng nasi ayam nasi jagung nasi campur nasi x campur.. haii, byk beno menunya..
mcm nak kenduri pun ade.. padahal orgnye cuma 3-4 org je tp mcm nk kasi 20 org makan..
ni la padahnya kalau pegi bazar tu x reti nak kawal nafsu..asal nampak makanan sedap je trus beli..x pikir membazir x membazir. kalau sedekah sikit ke surau x ape..ni x, simpan je kt rumah..katenye nak makan lg lepas terawih nanti..
bukan nk condemmed @ perli sesape..kekadang tu ade la jugak 'terbuat'..hehe.. tp ni sbg peringatan bersama.. manusia kan pelupa n sbg sesama manusia apa salahnya kita saling ingat mengingati..
bulan mulia ni sbg madrasah utk kita disiplinkan diri (selain solat).. 
sbg contoh, 
1)disiplinkan diri kita utk x membeli byk makanan utk berbuka. beli sekadar yg perlu @ betul betul teringin nak makan..

2) disiplinkan diri kita utk x makan n minum di siang hari n beberapa pantang larang puasa yg mesti kita jaga utk elakkan pembatalan puasa. tu secara x langsung dapat mengawal diri kita sekaligus dapat mendisiplinkan diri.

3) disilinkan diri daripada bercakap yg sia sia..
"Nabi saw bersabda : " Bukan yg bermakna puasa itu sekadar menahan makan, minum tetapi puasa yg sungguh itu menahan diri dari lagha (perkataan tidak berguna) dan kata kata yg keji."Riwayat Muslim

4) disiplinkan diri dengan mengawal amarah..



akhirul kalam, maaf jika terkasar bahasa @ x sesuai bahasa..saya budak baru belaja ! ^^.. 
yg baek dtg dari Allah, yg kurang dtg drpd kelemahan aq =)
semoga Ramadan kali ini menjadikan diri kita Mu'min yg sejati zahir batin.
 *cuma berkongsi ilmu yg sngat sikit
spread love <3

hahaa >,<

Saturday 7 July 2012

=)

Assalamualaikum ,
td tedengar IKIM.fm sat.. tetibe kuar lagu ni pulak .. terkejut sekejap..hahaa =D


enjoy
*spread love <3

Wednesday 4 July 2012

di sini , saya mau berkongsi sesuatu .. oyeah ! ^^


alhamdulillah, sweet sangat love story diorg ni.. x sampai sebulan kot kenal, trus kahwin.. ^^
Jika kita meletakkan CINTA ALLAH didalam hati kita,
INSYAALLAH, Allah akan beri kita jodoh yang sebenarnya. ;)

teringat mase form3, mse tu belaja Arabic, ustazah sab tengah story pasal pertemuan die n hubby (sweet sngt) , n the ending she said , 
" Jika kita sayangkan seseorang, jadikan kita layak untuknya "

Semoga Allah merahmati aku & dia ^__^
spread love <3

Friday 29 June 2012

Kejayaan =D

Bismillah and Assalamualaikum =D

heyhoo ! minggu ni kelik umah lg ! seronok..hahaa.. hurm, minggu ni banyak event kot kt sek aq.. cikgu yg terlibat agak busy jugak laa.. keje aq membusybodykan diri..huhuu

Sabtu lepas - Mahrajan Memanah & Ihtifal Pendidikan Islam              (tahniah sebab memanah (lg satu x ingat)1st place! 

Selasa - Memasak Maggi peringkat negeri (main sponsor : Maggi &         Milo) *dapat rase Milo pecume ! hahaa.

Rabu - Festival Nasyid sekolah-sekolah @ Kelantan train by       Ustaz Zaman & Abg Suffian Saujana (Izdan merangkul 3         kategori & Johan Keseluruhan) *dapat menebus duka lara        tahun lepas =)

Khamis - pas rehat tetibe ade annauncement pasal kejayaan Izdan (mse tu kt lab chemist) *meremang bulu roma bila dengar          berita tu, bersyukur n bangga pun ade) xD

Jumaat - Hari Terbuka ! oyeah ! dapat lepak dgn budak kelas dgn          cikgu kt meja guru.. *baru tau abg kwn aq same U dgn dia =,=



.... tu je kot .. ohh ! ade lg , adek aq g Penang smpai ahad ni.. untunglaa pegi sane.. ==' .. dulu aq rmse rombongan darjah 6 cume g kL je kot.. rezeki masing masing.. have a safe journey ^^ okay ! HEAR THIS ! <3


* spread love <3

Wednesday 6 June 2012

selamat hari lahir & selamat tinggal ^^


sanah helwa selamat hari lahir happy bufday saengil chuka hanmida ! to you, Hazwani bt. Hamdani (Mrs. M)
haha.. tua dah !
semoga sihat sentiasa dan berada di bawah Rahmat dan RahimNya =D
*balek nti jgn lupa bawak kek..haha ^^v



selamat tinggal ! 
nak kelik hostel dah..
wishing u a great journey of ur life and always in His Blessings !
doakan aq (mid-year result) =P

haha.. sedih pulak nk tinggal rumah ni.D;
*spread love <3

Monday 4 June 2012

saya sayang sahabat saya ! ^^



friend forever.. till Jannah.
InsyaAllah ^^
*spread love <3


Friday 1 June 2012

doa


with this, buat para muslimah, aq nk share doa yg aq reka sendiri.
Alhamdulillah, Allah bg aq ilham semasa aq dlm kesusahan n kesedihan.
"Ya Allah, taatkan aq setaat Fatimah, tabahkan aq setabah Sumayyah, jadikan aq ketua Ainul Mardhiah, agar aq menjadi sesolehah Khadijah"

Sesungguhnya seindah perhiasan yg terdapat di dunia adalah wanita solehah.^^
spread love <3






Sunday 27 May 2012

hostel !

Bismillah n Assalamualaikum ! ^^..
dh lame aq x tulis kt belog ni.. almaklum, busy n membusykan diri dgn mid imtihan..
doakan result aq weh..haha.. =D..
tp dlm kesibukan tu aq sempat snap pic kt PE tu.. sje release tension..ahaha *abaikan aq >.<



                                                               tablemate aq kt PE


Dr.Shukri (RAJIN MENGATASI BIJAK)






plans for SPM's


my schedule (5 ARIF)


my studymate (Dr.Shukri)


my times ^^


hihi =D


PE's are TROUBLE MAKER B)
(banner for F5 @ jamuan hostel's night)
theme : LAWAK KAMPUS CARTOONs


tgk betul betul name tu ..haha =D


sory la eak.. pic aq x ler sehebat pic yg lelaen tu.. almaklum, "saye budak baru belaja !"..
anyway, enjoy lah ye.. 
may Allah bless...
spread love <3

Friday 25 May 2012

jarak itu menjaga aku dan dia


Semua insan dalam dunia ini pasti pernah merasai perasaan itu. Perasaan yang tidak asing lagi dalam jiwa kita sebagai manusia. Perasaan yang kadangkala hadirnya tanpa kita duga atau kita paksa.
Memang sudah menjadi fitrah kita sebagai manusia untuk merasai perasaan itu. Cuma mungkin bagaimana perasaan itu hadir dalam diri kita berbeza bagi setiap individu.
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)."
[Ali 'Imran, 3:14]
Dalam diam, perasaan itu hadir di hatiku
Seperti insan lain, aku jua merasai perasaan itu. Perasaan yang bukan baru semalam berputik, tetapi telah hampir 5 tahun aku pendam. Aku sering tertanya-tanya salahkah untuk aku mempunyai perasaan yang bukan aku reka atau cipta, perasaan yang hadirnya tak pernah aku paksa, perasaan yang tak berubah sedikit pun walau banyak dugaan menimpa. Namun dalam aku melangkah menyusuri perasaan itu, aku sering dilanda rasa khuatir. Aku khuatir andainya rasa cinta ini melebihi rasa cintaku pada-Nya. Aku khuatir andai rindu yang aku pendam melebihi rinduku pada-Nya. Diri ku dan dia diikat dengan satu ikatan di dalam hati. Ikatan yang tak perlu aku dan dia lafaz melalui bicara kata.
Cukuplah rasa ini aku pendam dan dia juga memendam rasa yang sama. Jasad aku dan dia beribu batu terpisah. Hati aku dan dia juga beribu batu menjauh. Kini, wajahnya pun mungkin telah menjadi samar-samar di ingatanku. Suaranya seperti ku ingat-ingat lupa di telingaku. Rinduku padanya yang tidak menentu telah menjadi rindu yang ada hala tuju.

Saat aku dan dia menjauh
Pernah satu ketika dulu, aku kecewa dengan keadaan ini. Aku rasa seperti tidak sempurna dengan ketidakhadiran dia disisi. Namun kini, aku mengerti mengapa dia makin menjauh dari aku. Aku hormat keputusannya kerana aku tahu semua ini dia lakukan demi kebaikan aku dan dia.Teringat aku bicaranya tentang kisah kami. Kami dipertemukan dalam keadaan yang aneh sekali. Dalam keadaan saling tidak mengenali, perasaan yang tidak disangka-sangka hadir dalam diri kami. Sehingga kini, aku masih tidak mengerti bagaimana perasaan itu hadir dan bercambah sehingga ke saat ini.
Oleh itu, aku megerti mungkin pertemuan yang aneh ini harus jua dilalui dengan jalan yang aneh. Biarlah 'JARAK' ini menjadi penjaga bagi aku dan dia. Biarlah ingatanku tentang dia yang makin samar-samar di dalam hatiku menjadi penguat hubungan aku dengan ya-Rabb. Aku yakin dengan rencana yang telah tertulis untukku. Aku yakin jika tertulis jodoh antara kami, sejauh mana aku dan dia berlari menjauh, kami akan dipertemukan jua di garisan takdir antara kami nanti.

Jarak ini menjaga aku dan dia
Kini aku semakin mengerti, 'JARAK' ini bukan untuk menghukumku. Tetapi 'JARAK' ini untuk menjaga aku dan dia. Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi yang lebih baik. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk memperbaiki cinta kepada Illahi.Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk mencintai Pencipta kami lebih dari segalanya. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk mendalami Islam hingga ke akar umbi. Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan lebih bersedia untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.
Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.
"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
(Ar-Ra'd 13:28 )
Aku sedar, aku insan yang masih rapuh. Kadangkala hatiku goyah melihat keadaan sekeliling yang menekanku. Jika tidak kerana JARAK ini,mungkin aku akan mencari pelbagai alasan untuk bersama dia. Iman ku akan goyah saat terpandang wajahnya. Hatiku akan bertambah rindu saat mendengar suaranya. Moga hidayah yang diberi ini akan terus membajai hatiku. Aku yakin semua ini rencana Mu Ya Allah. Moga di akhir JARAK ini, Kau memberi kesudahan yang baik untuk aku dan dia.
*credit to writer^^<3

special for you ! ^^

*spread love <3

Friday 27 April 2012

boikot cara hidup yahudi !

Bismillah n Assalamualaikum ,
ada yg memandang sinis usaha memboikot produk yg ada kaitannya dgn Zionis.
                                           Mengapa ini boleh terjadi ?
                            *big question mark there !
Apa taknya , memboikot barangan Amerika samalah menutup mata pencarian para pekerja Islam yang bekerja dengan syarikat-syarikat berkenaan? Amerika tidak sakit, kita yang tersepit.
   Demonstrasi yang dilakukan ibarat anjing menyalak bukit ! Tel Aviv dan Washington tak bergegar sedikit pun dengan luapan kemaraan jutaan umat Islam di seluruh dunia. 
      Sebenarnya, Yahudi mesti dibenci dan ditentang mengikut cara yang sangat dibenci dan memudaratkan mereka. Apekah ?
Firman Allah :
      "Sekali-kali Yahudi dan Nasrani itu tidak akan redha selagi kamu tidak mengikut agama (cara hidup) mereka."(Surah Al-Baqarah 2: 120)
       Inilah penyebabnya mereka amat membenci umat Islam. Kerana umat Islam tak ikut cara hidup mereka. Jika umat Islam berjaya mempertahankan akidah dan iman mereka daripada roboh akibat mengamalkan cara hidup Yahudi, maka inilah sikap yang paling menyakitkan hati mereka.
       Dengan mengamalkan hidup bersyariat, itulah "demonstrasi" yang paling menyakitkan Zionis. Dan "memboikot" cara hidup Yahudi - budaya hedonisme (berseronok-seronok dengan hiburan secara keterlaluan), pendedahan aurat, pergaulan bebas, riba', arak, dadah dan lain-lain perkara yang haram, maka itulah kaedah yang paling ditakuti Yahudi. AYUH ! KEMBALI KE PANGKAL JALAN.






*antara barang-barang yang perlu diboikot


Al-Fatihah utk saudara Palestin kita yang gugur
<3 spread love

Saturday 24 March 2012

Ujian & Dugaan adalah LUMRAH kehidupan ^^

Bismillah & Assalamualaikum ,,
alhamdulillah, dapat balek walaupun sekejap.. hanya untuk me'release'kan tension...serabut segala urat saraf kt kepala aq ni..

Ya Allah, hanya Engkau tempat aq mengadu segala ujian n mehnah yg Kau berikan kepadaku.. aq x kuat.. aq lemah.. aq x setabah Sumayyah..tp aq yakin di sebalik ujian ini terdapat hikmah yg tersembunyi.. ku harapkan Kau titipkan segunung ketabahan dalam diri ini dalam menempuhi mehnah yg mendatang..
' Innallaha ma'as SOBIRIN' ^^
<3 spread love

Thursday 15 March 2012

saya rinduuu dia !

Bismillah & Assalamualaikum !
officially l tell you l miss this person !

*rambut panjang naa^^

& this !

*dah lama x lepak dgn diorg D;

& this ;)
*the pinky one ^_6

(spread love <3)