Thursday 26 January 2012

Early Birthday Gift

*ihesan gugle 

mwehehe. alhamdulillah, even birthday aq sebulan dri sekarang tp sissy dh bg aq present.
wow.. nice one la. 
die bg pendrive. even if korang rase aq ni mcm jakun tp ade aq kesah.
suka hati aq ah. ^^v ..
die bg awal sebab die balek borneo sebelum birthday aq. 
okay, mmg x dapat sambut tahun ni. mcm tahun lepas jugak :')
redha 'alallah .

lg satu , sedih sngat sebab x dapat jumpa buah hati 
my hensom cute sweetheart ^^
sory mustakim, cik ya dh balek hostel mase tu
kite jumpa bulan 3 nanti ye ^^v


Excel oh Excel ! =')


yeah ! esok dh balek hostel .. SAYA SUKA ! SAYA SUKA ! =') ..
naseb excel mula ptg. bole la aq berfoya foya kat umah pg esk. haha. lawak gra =='
sepatutnye excel ni mula lepas result spm kuar mcm tahun lepas, tp tahun ni ustaz omar nak wat kelainan kot. nak suh kitorang struggle giler giler 4 spm. target Mishkat 11a+ n 11a ramai kot. mesti la kena usaha dari awal.
okay, ni mmg lawak. Phy Biologos +math MM Sy Qs x siap lg. nak tawakal ke x ?hehe. aq cuma siapkan yang tangan ni mampu siapkan je.
mcm yang aq story kat someone td, "berkorban apa saja" .
when i say it , then i mean it . insyaAllah. aq x nak menyesal dgn result spm aq ni.   
umi tanye, "betul ke nak g Jordan ni ?" 
"x tau la. insyaAllah"
"nanti susah nak balik umah, jauh.. tgk akak hajar tu.. dah dekat sarawak.. kena naik kapal terbang "
"err..xpe. nti kite naik kapal terbang jugak, tp terbang lagi jauh..hehe"
"yelah, ibu doakan je.. jgn nangis kt sane nanti dah la"
"err .. "*blushing.. teringat mase kt maahad mase mula mula masuk =D

betul ke aq ni ? atau di momokkan dgn cakap cakap cikgu aq yang penah belaja kt sane ?
hmm, no answer yet tp ape yang pasti , aq kena dapatkan yang terbaik 4 spm tahun ni. 

"


May Allah Bless ^^v               

Wednesday 25 January 2012


saengil chuka hamnida, ukhti ! <3
malam ni tepat 12.00am, sissy aq msuk umur 21.hee~ dah tua. :P
alhamdulillah, sempat jugak g dinner dgn die td sebelum balek hostel esk. 
semoga dia panjang umur n dimurahkan rezeki n sentiasa di bawah rahmatNya =)
sukses selalu <3


Saturday 21 January 2012

Jalan Bahagia


Lagu ni Ustaz Iskandar pasang sebelum mulakan ceramah die. memang terbaik la lagu ni. best sangat sangat . Ustaz is mmg pandai menarik minat kitorang dengan gaya die yang tersendiri. suaranya lembut, sopan je, sweet la ustaz ni. hehe. ^^v. Ustaz belaja kt Jordan, so secara automatiknya aq jadikan ustaz ni sebagai idola aq (same goes too Ustazah Sabrina *miss her* n Ustaz Mahyuddin)
berbalik pada ustaz is, die selalu bg ceramah kt surau umar abdul aziz setiap malam sabtu, so malam sabtu is the most awaited night bg aq. sebab ceramah ustaz best sangat+dgn lagu die tu n ustaz byk kupas isu isu semasa yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita.*ikut kesesuaian tajuk. tp sayangnya ustaz x mengajar kt maahad, die mengajar kt skbm kot. 
topik malam tu aq x ingat sangt sebab x ingat la tp yang pasti ada kaitan dengan pelaja. ustaz tunjukkan muka muka pemimpin yang pandai tp tidak mendapat barakah Allah : Muammar Ghadaffi, Mustafa Kamal n Firaun. 
Mustafa Kamal ialah pemimpin Turki yang mayatnya tidak diterima bumi. 
Mustafa Kamal Ataturk yang diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Khilafah Islam -Turki pada tahun 1343H (1924M).

Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan taklukan Khilafah Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan belaiu ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. . Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama latifah hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan dengan kefasikan Atartuk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita. Ketika Ataturk terlantar menunggu saat kematiannya, beliau begitu takut jika tidak ada orang yang dapat mengantikannya dan mampu meneruskan apa yang telah dilakukannya sebelum ini. Lalu beliau memanggil Duta Britain di Turki,Bercy Lorren ke kediamnya di Istanbul meminta duta tersebut menggantikannya sebagai presiden. Ataturk mempunyai kuasa untuk memilih pengganti sebelum beliau mati, tetapi duta tersebut menolak permintaan Ataturk.

Mustafa Kamal dikebumikan dalam keranda timah setelah disembahyangkan di istana presiden yang dihadiri oleh beberapa orang pemimin kanannya yang saling bercanggah pendapat sama ada patut atau tidak belaiu disembahyangkan. Jenazahnya kemudian di bawa ke Ankara dalam upacara rasmi. Jawatan presiden kemudianya disandang oleh rakan Ataturk, Esmat Enunu pada tahun 1357H (1937M).

Banyak perubahan yg dibawa oleh Mustafa lkamal Artartuk untuk memansuhkan islam di Turki.
Antara syarat yang dikenakan oleh Mustapha Kamal Attaturk (bekas PM Turki) :-

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.
Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.

Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.
Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!!!

Mustafa bersama isterinya


Ustaz ada jugak tunjukkan orang orang kita yang pandai tp tak mendapat barakah Allah.
Antaranya Sufiah Yusuf, Nur Amalina n yang menggemparkan kita tahun lepas ialah kenyataan  seorang pelaja Malaysia yang berada di Ireland yang mengambil jurusan Perubatan, Arif Alfian. untuk berkahwin dengan pasangannya. 

Na'uzubillahi min dzalik.

Doa Rabitah & Doa Dhuha


Doa Rabitah kita akan selalu jumpa n baca selepas baca Al-Mathurat


Doa Dhuha khas untuk waktu pagi yang boleh dijadikan sebagai pendinding diri kita ;)






   mse belaja arab hari tu, ustaz mahyud ade cakap smething dgn kitorg. ustaz mahyud tu mmg suke bercerita. die cakap : f5 ni mmg tahun yg paling sibuk 4 pelaja pelaja sek men@upper form. sebab ustaz ckap mcm tu , kitorg x hafal kalimat yg ustaz suh semalam. mase cukup tp kepenatan menghalang. kena siapkan omwork lain smpaikan arab tertinggal. semalamnye blek kul 1.50. kul 3 ade latihan merentas desa. kul 4 dh ade kt dorm. rehat sat, solat, mandi. wt omwrk yg lain. kul 6.30 turun roll call,  tu pun x makan sbb byk keja . mlm tusyen chemist. blek kol 10.30. gitu gini gitu gini , dh 11.30. siapkan omwrk yg berbaki. last last arab ke mane omwrk ke mane aq ke mane. paham paham je la. penat punye pasal, aq tido je.

  ustaz pun ade cakap, arab ni sebenanya senang tp disebabkan kitorang amek subjek killer, kitorang lebihkan usaha+study kt situ sampaikan arab ke laut. mmg betul ape yg ustaz kate tu. aq mmg lebihkan subjek subjek tu drpd arab.











 hye and assalamualaikum ! setelah berapa lame x tulis kt blog ni, rindu ! <3
alhamdulillah, setelah 3 minggu mentensionkan & ditensionkan kt hostel n sek, dapat jugak aq denga lagu kt umah ni. dapat release sikit. kalau x, dh mcm ape seh aq ni. nseb dapat satu aras dgn ' Benten a.ka Wani , Azzah , Mek n Enab. kumpul kt bilik aq pulak tu , bilik 8 Mariatul Qibtiah aras dua. memey terbaek la. kalau dh kumpul tu paham paham je la. mulut kitorg je la yg biseng mse tu. haha.(salah satu cara utk menghilangkan tension selepas ditensionkan kt sek) nseb la spe yg duk satu bilik dengan aq.

    kt sek pulak,, dh mula rutin harian rasmi pelaja pelaja f5 : tusyen, mentor mentee, seminar, cara menjawab, imtihan ( ujian diagnostik 1 , 2 , 3 n 4 , formatif 1 n 2.) 2 x kira lg dgn ujian ujian yg sek bg. modul pun dh berlambak. tinggal tgu disiapkan je. eksperimen pun makin byk tp siyes, aq suke wt exp tu walaupun mse wt lab report ntah mcm ape ==' .
  5 Arif. aq suke kelas tu. so far so good. x mcm kelas tahun lepas (4 Alim). aq kena amek mse nk sesuaikan diri. tema 5 Arif : Forest. erk , bole la kot. dgn warna hijau kuning yg menyerlah tu, dgn bunga bungaan segala, nice one la =) nmpak ceria sikit. bru ad semangat nk belaja ! x mcm kelas anak aq n abah kt sebelah. nmpak dull je. haha. Mek jgn mara . piss ^^v . rutin harian kt kelas , mse ckgu mengajar. benten akan cuit aq n see orang orang yg tengah tido kt belakang. mengekek kitorg ketawa. ckgu wt x tau je.haha. nakal kan ? tp geli hati tgk diorg terangguk angguk mcm paham. kikiki =}

   tahun ni aq nekad utk wt something yg aq x penah wt tahun lepas. something.... soal hati n perasaan aq letak tepi dulu. O Allah, may you displace this kind of things out of my heart. kalau boleh buang jauh jauh . =)

  CNY cuti 6 hari je. khamis nti dh balik hostel . 4 hari awal drpd yg lain. f5 ade excel. pehh , alhamdulillah. drpd 8.30 pg - 10.30 mlm. time kasih ckgu. bg la byk byk lg ye :'( . tahun ni mula awal drpd tahun lepas. redha n trime je la sygs .




    11A's , i'll catch you whenever you are,
    i'll run for you, i'll grab you. i'll keep you in my deep heart core,
    you're my destiny, my soul mate, my sunshine, my friend, my loved one <3
    come to me, come to me 11A's ^^