Saturday 4 February 2012

Munajat Anak Soleh

Munajat Anak Soleh


Ya Allah, janganlah ibadahku merosakkan aku,
Begitu juga janganlah kebaikanku menjadikan aku derhaka denganMu.


Ya Allah, jadikanlah kekuranganku menyelamatkan aku,
Juga dengan kelemahanku aku merendah diri denganMu.
Kerana itulah Engkau cintakan aku.


Ya Allah, jadikan seluruh kebaikanku untuk keredhaanMu. 
Bukan hendakkan syurgaMu.
Jadikan setiap amal kebajikan yang aku lakukan aku sedih dengan kekurangannya.
Janganlah kebaikan itu menjadikan aku tenang dan senang dari hilang takutku kepadaMu.


Aku berlindung kepada Engkau, 
janganlah ibadahku menghijab di antara Engkau dengan aku,
ia menjadi bala bagiku tanpa aku sedari dan tanpa aku tahu.


Tuhan, 
janganlah dengan ibadahku & kebaikanku,
Aku jadi muflis ketika bertemu denganMu.


Ya Allah,
janganlah pujian & cercaan orang menjadikan aku berdosa,
tapi jadikanlah kedua-duanya pahala bagiku bukan jadi bala kepadaku.


Tuhan,
Engkau rasakanlah kepadaku setiap kali aku berbuat baik,
aku rasa berbuat dosa,
agar aku tidak berbangga dengan kebaikanku.
Bahkan aku lupakan saja kebaikan itu seolah-olah aku tidak pernah berbuat kebaikan.


Tuhan,
selamatkan aku daripada membuat dosa yang memang berdosa,
juga janganlah kebaikanku jadi dosa & kemurkaanMu.









0 comments: