Saturday 31 December 2011

kiamat & tanda tandanya

okay , smbung yg td.
penjelasan yg ke2 : Bermulanya Malhamah dan Perang Dunia Ketiga
aq rase rmai yg sedia maklum mengenai Perang Salib mse tahun bpe Masihi tu kan n org yg berjaya menawan semula Baitul Maqdis drpd org Barat ialah Salahuddin Al-Ayubi, seorang panglima perang yg warak lg alim. okay, korang kenal x George W Bush . x kan x kenal kot. aq boleh katekan semua org Islam x suke die betul x ?betul betul betul sbb die lah antara dalang yg meghantar pasukan tentera die bergabung dgn Zionis utk berperang dgn Afghanistan, Lubnan n Tebing Barat . okay , mse die memerintah Amerika dlu , die gunakan istilah crusade @ perang salib mse nak menyerang Afghanistan pada 2001. Selepas dia menuai proses dari kalangan muslim , dia mencabut istilah tersebut dan menggantikannya dgn " Operation Infinite Justice" (byk la die pnye justice = = '). Menurut Scot Rosenberg, pegawai eksekutif www.salon.com, menyatakan bahawa "Infinite Justice" berasal dari terminologi Kristian, yg jika diruntut akan kembali kpd kata iaitu perang salib.

Bab yg ke2 ni byk menceritakan tntg Malhamah (tgk tajuk pun tau kot). Masa perang salib baru (crusade) dilancarkan Bush ni mendapat tentangan  & protes drpd kaum muslimin. Dia terpaksa menarik balik ucapannya akan tetapi ia tidak menarik pasukannya. Apa yg dia simpan dalam hati tetap tersimpan dalam hati.
"...telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka  lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya." (Ali-Imran:118) Mahabenar Allah yang Mahaagung.

Tujuan mereka yang sebenar adalah menguasai Dunia Raya dan menumpas semua orang yang bukan Kristian, baik dari kalangan Komunis, Hindu, Buddha atau Islam. Di mata mereka kelompok bukan Kristian adalah penjahat. Ini kerana dalam keyakinan Kristiani mereka, mereka diwajibkan menumpas semua penjahat dan menyelamatkan bumi dari mereka. Mereka menyangka hal ini akan melapangkan jalan bagi turunnya Tuhan dari langit ke bumi untuk mengaturnya, sesudah itu mereka akan hidup damai dan bahagia.Mereka menyedari bahwa sekarang adalah saat-saat menjelang kedatangan kedua Tuhan Jesus, Sang Juru Selamat. Dan disebabkan itu mereka menghimpun seluruh kekuatan mereka dan menggerakkan tentera Salib di bawah komando panglima pasukan sekutu, Al-Araj Al-Kindi, demi menumpas para penjahat. Mereka menumpaskan orang-orang Komunis dengan menggalang kita untuk berkoalisi dalam Perang Armageddon, dan berakhir dengan mereka akan mengkhianati kita di Malhamah Kubra (Pembantaian Besar).

Paukan Salib menyeberangi jambatan Mesir (terusan Suez) dan membuat pangkalan untuk menumpaskan Para Pembawa Panji Hitam (Afghan di bawah pimpinan Taliban) dan mereka tak akan berganjak dari tempat itu sebelum seluruh kekuatan Timur dan Barat bergerak menuju pertempuran paling biadab dalam perang dunia yang paling dahsyat. Ini kerana orang-orang Timur Komunis (Cina dan Rusia) , Orang-Orang Syiah (Iran) , Orang-Orang Irak campuran (gabungan Sunnah dan Syiah), mereka semua tidak akan rela atas berkuasanya kekuatan militer Romawi Silibis yang mengepung dan mengancam eksistensi mereka.

Kekuatan mereka bergantungan di kawasan tersebut seperti polis tanpa mandat yang sewenangnya menyerang ini dan mengancam itu.Yahudi berada di belakang kerana adanya persamaan doktrin dengan orang-orang Nasrani perihal kedatangan "Juru Selamat", sekalipun antara mereka terdapat perbezaan dalam hal-hal yang lebih terperinci. Pasukan tentera Salib akan diketuai oleh seorang Jeneral yang berkaki pincang dikenal sebagai Richard Meyer.

Kemudian akan muncul Para Pembawa Panji Hitam (Gerakan Taliban di Afghanistan). Taliban muncul selepas kemunculan Syiah Iran dari keturunan Bani Abbas. Mereka berfahaman Ahluss Sunnah dan bukan Syiah.Muncul pada tahun 1996M. Banyak atsar yang membincangkan saifta dan kemunculan mereka :

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanad dari Muhammad bin Hanafiyah,
" Akan muncul bendera hitam milik Bani Abbas, kemudian akan muncul dari Khurasan bendera lain yang berwarna hitam, tutup kepala mereka hitam dan pakaian mereka putih..." hingga beliau berkata: "Jarak kemunculannya dengan diserahkan urusan kepad Al-Mahdi adalah 72 bulan."
*Kitabul Fitan, hal. 188,Syaikh Imam Bukhari

Bendera hitam tersebut terakhir muncul di Afghanistan (Khurasan). Ia berbeza dari bendera hitam milik kaum Syiah Iran dari kalangan Bani Abbas.Kerana Syiah jelas merupakan musuh Ahlus Sunnah yang paling keras dan merupakan golongan yang pertama yang akan memerangi Al-Mahdi sesudah kemunculannya pasca peperangan yang dilancarkan oleh Sufyani terhadap Al-Mahdi.

Nu'aim juga meriwayatkan dengan sanad dari Hafshah, isteri Rasulullah SAW, dari Rasulullah SAW baginda bersabda :
"Jika kalian mendengar ada orang-orang yang datang dari Timur yang memiliki kecerdasan, pakaian mereka menakjubkan manusia, maka hari kiamat telah membayangi kalian."

Abu Abdillah, Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanad dari Zuhri, berkata:
"Akan datang bendera-bendera hitam dari Timur, dipimpin oleh pria-pria seperti unta yang dikerangkang, mereka memelihara rambut, nasab mereka dinisbahkan kepada desa-desa dan nama-nama mereka merupakan kiasan..."

Pasukan Barat akan memerangi Taliban yang dipimpin oleh seorang Jeneral yang berkaki pincang ('araj). Beliau ialah Richard Meyer. Semasa berdiri di podium, beliau menyampaikan deklarasi pertama gempuran Pasukan Koalisi terhadap para pembawa bendera hitam di Afghanistan.Beliau datang dengan ditopang dua buah tongkat untuk menyatakan kepada bangsa Amerika perihal dimulainya operasi militer trepadu dari udara, darat dan laut terhdap Afghanistan.

Kemunculan bendera-bendera pasukan koalisi Barat (bendera-bendera Salib) di bawah pimpinan A'raj Al-Kindi(Si pincaang dari Kandah) merupakan petanda awal kemunculan Al-Mahdi a'laihissalam.

Nu'aim bin Hammad
"Kemudian akan muncul Al-Kindi (Al-A'raj) dengan mengenakan simbol yang bagus."


inilah wajah-wajah Taliban yang dipercayai menjadi pembela Al-Mahdi.

































0 comments: