Sunday, 3 March 2013

SPM is not everything =')

Bismillah !
Akhirnyaaaa dapat tau jugak bila result SPM kuar...
ada yg cakap 7hb. ada 20hb.. tp Along syg bgtau yg result akan kuar 20hb (menurut ex-student dia which is sebaya sye)..
so, ehemm.... bohong la kalau x neves kan... tp cuma nak mengingatkan diri sendiri...
Kita berusaha tp Allah yang menentukan segala.
Kejayaan yang dicapai bukan pengukur kerajinan kita belajar tp ini semua ketentuan Allah. Bila Dia nak bg kita berjaya, Dia akan beri. Bila Dia nak bg kita gagal, Dia akan beri. Semuanya tertakluk pada kehendak-Nya. Tapi harus diingat, jangan sekali kali lupa untuk berdoa+bertawakal sebab itu adalah kunci kejayaan selepas berusaha. Ingat ye =)) .

"Insya-Allah, selepas usaha, segala natijah yang Allah beri adalah yang terbaik."
Petikan daripada buku Hilal Asyraf.

So, apa lg yg nak ditakut. Usaha dah. Ikhtiar dah. Doa dah. Tawakal pun dah. Berharap pada Allah sahaja lah. Walau mcm mana result yg Dia bg, redha dan pasrah. Indeed. Itu cara yg lebih baik.
Tak ada guna kita nak meraung bagai. Terima.
Cakap memang senang. Lebih lg kalau tulis mcm ni, tp at least kita dah prepare dari awal. Mental & Fizikal.
In sya Allah, kita boleh terima dengan hati yg lapang. Kalau result gempak, jgn lupa bertahmid & sujud syukur. Itu salah satu sunnah Nabi SAW.

"Cukuplah bagi kami Allah, dan adalah sebaik-baik Wakil (Pengurus).  (Ali Imran 3: 173)

Bittaufiq wannajah untuk result !
Pray for me.
Masih sempat untuk berdoa ! ^_^


Saturday, 16 February 2013

Hari Jubah =D


Friday, 15 February 2013

Bismillah & Assalamualaikum...
apa nak mula sbg mukadimah ea .. haha.
forget it..
sepanjang kesenyapan blogging, ive been tru many things... sad love hepi exploding neves. tu suma dah menjadi asam garam kehidupan..
n the most important is , result Jira dah nak kuarrrr.... ergh ! its make me feel uncalm.
since the first day of Jan 2012 till now... what the ? haha
Tp, Jira tau yg Allah sentiasa ada bersamaa.... Usaha Doa & Tawakal. In Sya Allah.
Alhamdulillah, UPU pun dah isi, with one of my friend, Aqilah.. penat woih nak layan dia. Banyakkk mulutt..haha. Terasa kemanisan ukhuwah bila perhubungan yg terbina berlandaskan Allah semata. =')
Okay. i think thats all for now. Selasa depan ada pratest lg.. huwaaa. balek lambat lg lahh. wuuuu ;( .
kbye.
 Nah ! hambek ni =='

*May Allah ease everything .
Dont let us down.
Kau tempat kami bergantung harap =')


Sunday, 30 December 2012

Akak yang comel ^^

Bismillah & Assalamualaikum =)
huwa, dah lame jira x tulis kat belog yg dah berhabuk bersawang bagai nih..haha
ehem, act, jira agak sibuk kebelakangan nih. maklum, kata faraa montel tuh, jira kan wanita bekerjaya..haha. wekk =P.
memacam yg berlaku lahh mase keja. kena ngurat lahh , salah buat lahh, ternampak 'dia' lahh.haha =P
okay, stop !
td ade sorg akak comel dtg kedai. kecik molek je orangnye.. n die berniqab.. lg lahh menambahkan kecomelannye tuh. right ? ^^ . tetibe, Allah datangkan hidayah kat jira untuk tanya akak tu a few.
maaf, conversation hanya kami berdua sahaja yg tahu..haha ^^v

tetiba diri yg kerdil ini dapat hidayah. ehem, rase mcm nak berpurdah pulak . tp jira x boleh lg sbb a few things. jira perlukan dorongan & bimbingan daripada 'someone'. hope dia boleh bimbing & sentiasa bersama dengan jira. moga Allah panjangkan JODOH kami hingga ke SYURGA. aminnn. May Allah bless !



*untuk mereka yang akan menghadapi imtihan, bittaufiq wannajah ! ^^
Innallaha ma'akum ! =)

*spread love <3

Monday, 10 December 2012

Salahudin-Al-Ayubi


Biodata dan Sejarah Ringkas Salahuddin Al-Ayyubi


Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurd biasa. Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada siapapun yang menjangka sebelum ia menguasai Mesir dan menentang tentera Salib bahawa anak Kurd ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiah yang hebat. Dan tiada siapa yang menyangka pencapaiannya demikian hebat sehingga menjadi contoh dan perangsang memerangi kekufuran sehingga ke hari ini. 



Stanley Lane Poole seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai anak seorang governor yang memilliki kelebihan daripada orang lain tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ia akan menjadi orang hebat pada masa depan. Akan tetapi ia menunjukkan akhlak yang mulia. 


Walau bagaimana pun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya untuk bakal pemimpin agung itu. Ketika ia menjadi tentera Al-Malik Nuruddin, sultan Aleppo, ia diperintahkan untuk mara ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh sebuah kerajaan Syi'ah yang tidak bernaung di bawah khalifah. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis bahawa Salahuddin sangat berat dan memaksa diri untuk pergi ke Mesir bagaikan orang yang hendak di bawa ke tempat pembunuhan (Bahauddin, 1234). Tetapi itulah sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan firman Allah, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu" (Al-Baqarah:216) 

*siapa agaknya pemimpin Islam yang berwibawa seperti beliau ? 
spread love =)


Saturday, 8 December 2012

kenangan bersama mereka =)

Bismillah & Assalamualaikum ;)
alhamdulillah, intiha sudah perjuangan kami di SMKA MAAHAD MUAR .
selepas ni, masing masing akan bertebaran di muka bumi yg penuh barakah ini dengan tujuan & haluan hidup mereka.
& alhamdulillah jugak sebab smlm stat demam (smsa di sek lg).
mgkin sebab kurang rehat dsb.
okay, terimalah ~~

Saturday, 1 December 2012

punca migrain ;)

Bismillah & Assalamualaikum ..
kite nk share pasal penyakit ni.. bg sesiape yg selalu migrain tp x tahu apa puncanya .
taraa ! this is it ! ^^


Migrain adalah penyakit biasa yang dihadapi oleh golongan remaja. Ia berlaku kerana darah tidak sampai ke otak akibat tersekat dan menyebabkan sakit kepala yang teramat sangat.
Selain pening akibat sakit kepala, migrain juga memberi rasa tidak selesa kepada perut dan loya sehingga menyebabkan pesakit muntah.
Perasaan yang sering digambarkan oleh pesakit ketika menghadapi migrain adalah seperti dihempap batu dan kepala berdenyut-denyut seperti dicucuk-cucuk.
Serangan migrain ini tidak mengira tempat dan waktu. Kebiasaannya pesakit akan mengalami sakit kepala di sebelah bahagian sahaja.

Punca / Penyebab Migrain
1) Kesan daripada alahan seseorang
2) Silau akibat daripada lampu yang terang
3) Bunyi yang terlalu kuat
4) Bau minyak wangi yang terlalu kuat
5) Tekanan fizikal atau emosi
6) Waktu tidur yang tidak teratur
7) Merokok atau terdedah kepada asap rokok
8) Stres
9) Menahan lapar
10) Makanan seperti coklat, keju, kopi, limau, tomato atau makanan yang diperap

* so, kite dh tau nape kite selalu sangat migrain sampaikan ada masa tu kite x boleh buat keje langsung.^^
*spread love <3